Red Velvet Cupcake
entry kali ni saya nak share aktiviti saya pada minggu ni, iaitu membuat kek cawan red velvet.
resepi ni daripada hanamemories.blogspot
and video dari youtube
Procedure. untuk membuat kek red velvet, saya mengikuti resepi di atas. tapi saya telah ubah sedikit mengikut kesesuaian bahan yang saya ada. contohnya, resepi di atas letak air satu cup. saya pula x letak air pun. sebab kalau tengok video yang saya share kat atas die tak letak pun. manakala topping pula, resepi yang digunakan ialah dari video youtube di atas serta ditambah esen vanila. saya membakar kek tersebut di dalam oven 180 degree celcius selama 20 minit. kek yang dihasilkan lembut. tetapi, agak berkerak di bahagian bawah. kek tersebut dibiarkan sejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum diletakkan topping.
antara penambah baik yang perlu dilaksanakan ialah, membakar pada suhu 150 degree. sebab kalau 180 degree tu panas sangat. senang hangus. selain itu, topping tu perlu dikurangkan menteganya. sebab kalau banyak sangat mentega rasa muak pula. saya sarankan untuk sesiapa yang nak cuba buat kek ni supaya tengok video dulu sebelum buat. sebab kadang-kadang kalau kita just tengok resepi dan buat mungkin tak jadi. kalau tengok video kita boleh tengok realiti serta cabaran yang dihadapi untuk membuat kek ni. So, kita akan lebih bersedia. review untuk resepi tu pulak, pada saya ia mudah untuk beginer macam saya. selain itu, kek yang terhasil juga lembut. oleh itu, 4 bintang untuk resepi di atas.
resepi ni daripada hanamemories.blogspot
Bahan-bahan
- *2 cawan tepung kek/superfine
- *2 sudu besar serbuk koko
- *1 sudu kecil baking powder
- *1 sudu kecil soda bicarbonat
- *1 sudu kecil garam
- 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu besar pewarna merah
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
- 2 biji telur A
- esen vanila
Topping
- 250g cream cheese @ satu ketul
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
- 1 sudu besar jus perahan lemon
Cara-cara
- Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
- Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
- Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.
- Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
Procedure. untuk membuat kek red velvet, saya mengikuti resepi di atas. tapi saya telah ubah sedikit mengikut kesesuaian bahan yang saya ada. contohnya, resepi di atas letak air satu cup. saya pula x letak air pun. sebab kalau tengok video yang saya share kat atas die tak letak pun. manakala topping pula, resepi yang digunakan ialah dari video youtube di atas serta ditambah esen vanila. saya membakar kek tersebut di dalam oven 180 degree celcius selama 20 minit. kek yang dihasilkan lembut. tetapi, agak berkerak di bahagian bawah. kek tersebut dibiarkan sejuk selama lebih kurang 15 minit sebelum diletakkan topping.
![]() |
| hasilnya. |
